BASEERAH Resources adalah satu syarikat yang ditubuhkan untuk melaksanakan program-program berbentuk seminar, bengkel dan kursus-kursus.

Matlamat penubuhan BASEERAH Resources adalah untuk membangunkan sumber tenaga manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

BASEERAH Resources juga menumpukan latihan dan bimbingan yang boleh menangani isu yang melanda masyarakat kini termasuklah isu-isu kewanitaan, kekeluargaan, keibubapaan, rumahtangga, pemakanan halal juga pendidikan anak-anak dan remaja. Tidak lupa juga tentang program membina kredibiliti juga personaliti diri agar berkeyakinan untuk tampil anggun namun sesuai dengan syariat yang telah digariskan.

Sebarang program yang akan dijalankan akan diwar-warkan melalui blog ini. Harap maklum & terima kasih.

Tuesday, 5 April 2011

jadilah WANiTA yang UNGGUL.......



WANITA yang jelas dengan tugas, peranan dan tanggungjawab harus amat berbangga dan bersyukur sekali dilahirkan sebagai wanita apatah lagi sebagai wanita Muslim. Setiap perkara yang dilakukan adalah dikira ibadah selagi tidak menyalahi apa yang telah digariskan.
i.
Sering kita dengar ungkapan "Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak namun 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu". Namun ibu tersebut boleh menghasilkan anaknya yang bagaimana? Anak yang berkualiti seperti apa? Kerana itulah tugas & peranan seorang wanita sangat besar untuk mendidik anak2nya dengan kualiti insan yang mencakupi segalanya. Jika kualiti diri sudah terpahat teguh dalam diri anak2 masakan tega anak2 itu untuk tidak mengambil peduli akan orang tuanya.
Walau siapapun wanita itu sekalipun dia tetap tidak lepas dari tanggungjawabnya yang satu ini iaitu mengasuh dan mendidik anak2nya sendiri kerana pertanggungjawaban yg mutlak adalah pd keluarga dan anak2. Jika semua wanita mengambil sikap begitu maka akan berkuranglah gejala sosial yang semakin meruncing di ketika ini.
ii.
Wanita dalam apa jua keadaan seringkali dipersalahkan. 
“emmm dia tu memang tak pandai jaga personaliti diri... dia nampak lebih tua dari husbandnya”
“huh... dia tu memang tak jaga badan dalam pantang... manalah suami tak cari lain...”
“kalau dah kerjanya berhutang keliling pinggang... manalah hidup tak tunggang langgang....” 
Jika terjadi apa2 dalam rumahtangga maka wanitalah yang sentiasa dituding jari oleh banyak pihak. Maka oleh kerana itulah wanita harus sentiasa "tip top". Harus sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu yang cukup bukan sahaja dari segi peranan dan tanggungjawab malah memiliki pakej yang serba lengkap sebagai pasangan kepada seorang suami.
Justeru itu, rebutlah peluang keemasan ini untuk menyertai program “Wanita Unggul & Trampil... Aspirasiku” yang padat dengan ilmu yang sepatutnya diketahui oleh seorang yang bernama wanita.


Program yang diadakan dalam Minggu Setiausaha ini sememangnya khusus untuk wanita agar dapat menggarap ilmu yang bermanfaat  dan bukannya untuk dibazirkan dengan hiburan semata. Sesungguhnya setiap wanita itu adalah setiausaha walau dimana pun dia berada sama ada di institusi kerja, masyarakat mahu pun rumahtangga kerana seorang setiausaha itu merupakan tulang belakang bagi sesebuah institusi atau organisasi.  



No comments: