BASEERAH Resources adalah satu syarikat yang ditubuhkan untuk melaksanakan program-program berbentuk seminar, bengkel dan kursus-kursus.

Matlamat penubuhan BASEERAH Resources adalah untuk membangunkan sumber tenaga manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

BASEERAH Resources juga menumpukan latihan dan bimbingan yang boleh menangani isu yang melanda masyarakat kini termasuklah isu-isu kewanitaan, kekeluargaan, keibubapaan, rumahtangga, pemakanan halal juga pendidikan anak-anak dan remaja. Tidak lupa juga tentang program membina kredibiliti juga personaliti diri agar berkeyakinan untuk tampil anggun namun sesuai dengan syariat yang telah digariskan.

Sebarang program yang akan dijalankan akan diwar-warkan melalui blog ini. Harap maklum & terima kasih.
Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Sunday, 15 May 2011

Bengkel Penyerlahan Imej & Penampilan Wanita Profesional

BASEERAH Resources akan menganjurkan :


"BENGKEL PENYERLAHAN IMEJ 

PENAMPILAN WANITA PROFESIONAL"


secara HANDS-ON pada :


Tarikh           :  30 Jun - 1 Julai 2011 (2 hari)
Tempat          :  Hotel Laman Seri, Laman Seri Business Park, 
                         Seksyen 13, Shah Alam
Masa             :  8.30 pagi - 5.30 petang


Yuran Penyertaan :     RM 990.00     (tanpa penginapan)  
                                    RM 1090.00   (dengan penginapan 2H1M)
**(termasuk bahan kursus, cenderahati, makan tengahari, minum pagi & petang)



Penyertaan adalah SANGAT TERHAD kerana ini adalah bengkel hands-on.

Bengkel ini dirangka khas bagi melahirkan wanita/eksekutif wanita 
yang memiliki imej & karisma dengan penampilan diri yang 
anggun serta meyakinkan 







Objektif :

  1. Membimbing individu tentang imej, penampilan, dan pembawaan diri mengikut lingkungan kehidupan sosial dan kerjaya
  2. Membantu individu mengenali, menghargai serta memperindahkan aset dan potensi diri agar tampil yakin, cemerlang serta kompetetif dalam dunia kerjaya
  3. Tip Penampilan Wanita Profesional - pelbagai kesalahan "tanpa sengaja" yang menjejaskan imej, penampilan dan nilai karisma diri
  4. Kemahiran Komunikasi Verbal dan Non-Verbal
  5. Bijak bersosial (Social Intelligence) - mampu menyesuaikan diri mengikut persekitaran tanpa mengira umur, tempat, strata sosial dan topik perbincangan 


Sasaran Peserta

Semua peringkat dan golongan wanita yang mementingkan imej dan penampilan samada yang bekerja, ahli perniagaan mahu pun individu yang ingin meningkatkan POTENSI DIRI


Kaedah Program  :    Teori       ~  25 %
                                     Praktikal ~  75 % 



Pengisian Bengkel

  1. Imej dan Penampilan Wanita (First Impression)
  2. Panduan Memilih Pakaian
  3. Pembawaan Diri Wanita Berkarisma
  4. Kuasa Komunikasi Vokal (Kemahiran Komunikasi)
  5. Peradaban di Meja Makan  (Teori & Praktikal)
  6. Lengkapi Penampilan Anda (Personal Grooming)

Faedah & Keberkesanan

  1. Wanita dibimbing utk mahir tentang gaya dan penampilan setanding dengan bidang kerjaya, status sosial serta keperibadian diri
  2. Wanita didedahkan kepada kesan pemilihan warna pakaian dan kesesuaian supaya tampil formal, profesional dan "berpengaruh" dalam sesuatu situasi
  3. "All bodies are right - only clothes are wrong!"   Wanita dilatih untuk mengenal, menghargai serta bijak dalam memilih jenis pakaian agar sempurna dengan bentuk badan sendiri
  4. Pengaruh Bahasa Tubuh (Body Language) dan pembawaan diri memberi kesan yang tinggi dalam komunikasi
  5. Latihan Vokal membantu wanita mendapatkan suara yang "tegas dan berkarisma" namun masih kekal penuh adab dan lembut
  6. Latihan Etika, Protokol dan Peradaban Meja Makan membolehkan wanita tampil terbaik dalam semua situasi



Perincian Modul 


IMEJ DAN PENAMPILAN WANITA (First Impression)
* Penampilan Mendokong Kredibiliti Individu / Organisasi
* Kod Pakaian (Dress Code) Mengikut Jenis Industri Kerjaya
* Menguasai Psikologi Warna Pakaian


PANDUAN MEMILIH PAKAIAN
* Size Doesn't Matter, Shape Does!
* Bijak Memilih Pakaian Sepadan Susuk Tubuh
* Padanan Aksesori Sesuai Jenis Pakaian
* Tip 'Penyamaran' (camouflage) untuk kesempurnaan diri 


PEMBAWAAN DIRI WANITA BERKARISMA
* Kemahiran Bahasa Tubuh Wanita Terhormat & Intelektual
* Cara Berjalan, Duduk, Berdiri, Berjabat Tangan yang Berkarisma
* Bahasa Tubuh Negatif 'tanpa sengaja' Sering Wanita Lakukan


KUASA KOMUNIKASI VOKAL
* Tip Komunikasi Efektif
* Latihan Ekspresi Vokal


PERADABAN MEJA MAKAN (TEORI & PRAKTIKAL)
(latihan praktikal menggunakan menu yang disedia kepada peserta)
* Etika Sosial & Bahasa Tubuh Sewaktu di Meja Makan
* Kemahiran Menggunakan Peralatan Makan & Napkin
* Pelajari 20 Kesalahan Popular Sewaktu di Meja Makan


LENGKAPI PENAMPILAN ANDA
* Tatacara Make-Up Wanita Profesional (pejabat & majlis rasmi)
(solekan cara sunni)
* Pilihan Tudung Sesuai Dengan Bentuk Muka, Jenis Kerjaya & Gaya Hidup
* Penjagaan Wajah (Skin Care)  





Profil Perunding Latihan


PUAN SURAYA DAUD berpengalaman dalam mengendalikan seminar dan bengkel bagi melatih individu dan menaikkan tahap kompetensi diri semenjak tahun 2006. Latihan intensif secara hands-on ditumpukan kepada aspek Imej dan Penampilan Diri agar setiap individu tampil yakin, berkarisma dan profesional setanding dengan kelayakan diri.

Memiliki latar belakang akademik Sarjana Muda Sains, Ecology (First Class Honors), Universiti Malaya dan Sarjana Pengurusan Perniagaan MBA UKM, beliau turut mendapat pengiktirafan sebagai Perunding Imej dari John Robert Powers (Jakarta & Manila), Diploma in Fashion & Design (Jakarta Fashion Academy) serta sijil dari Deportment School (Modelling School).

Antara agensi yang sering mengikuti kursus beliau adalah Bank, Hospital, Agensi Kerajaan, Agensi Swasta, Ahli Perniagaan, Universiti, Bakal Graduan dan Job Aspirants. Fokus latihan adalah bertumpu kepada komunikasi verbal & non verbal yang sememangnya sangat penting untuk Personal Branding setiap individu.
















Wednesday, 9 March 2011

"Wanita Unggul & Terampil..... Aspirasiku"



Wanita.... 
tonggak sesebuah institusi
nadi sesebuah organisasi


BASEERAH Resources 


dengan kerjasama
DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA SELANGOR (DPIMS)


dan
RADIO IKIM


akan menganjurkan 
Program 
"Wanita Unggul & Terampil..... Aspirasiku"

Bertemakan :
Keseimbangan Rohaniah & Jasmaniah Teras Keunggulan Wanita
                                       
Masa :    8.30 pagi -  5.30 petang

Tempat :   Dewan Ballroom, Hotel De Palma Ampang

Tarikh :   28 April 2011  (Khamis)


Siapa Patut Hadir : Semua peringkat & golongan wanita 



Objektif :

Memberi pengetahuan kepada wanita khususnya dalam menyediakan diri untuk memiliki pakej yang lengkap sebagai seorang wanita yang unggul dan trampil

Meningkatkan potensi dan keyakinan diri dalam mengharungi cabaran kehidupan masa kini

Memberi pendedahan terhadap peranan wanita sebagai perancang kewangan keluarga

Menerapkan disiplin di dalam diri wanita terhadap kepentingan kesihatan fizikal dan spiritual serta keberkesanannya

Memupuk kesedaran bahawa wanita yang sihat secara fizikal dan spiritual akan lebih cemerlang dalam kehidupan 


Yuran :   RM 280 seorang  
        
         **  (Penyertaan berkumpulan seramai 2 orang atau lebih 
layak mendapat potongan 10%)




** Minum pagi , makan tengahari & minum petang
** Persembahan artis
** Sesi ramah mesra bersama Penyampai2 Radio IKIM
** Pemeriksaan Kesihatan Percuma  
**  "Body Composition Test" Percuma 
** Door Gift / Lucky Draw





No. Akaun :  
BASEERAH RESOURCES
Maybank -  5628 3461 2798


Hubungi 

     Pn. Rosila      ~   013 - 381 3032
   Pn. Intan    ~       019 -  779 3188
    Pn. Suhaila   ~      019 - 654 6553


No. Faks :  03 - 821 00799








DAFTAR SEGERA !!    TEMPAT TERHAD !!




Pengisian Program :










1)  Topik : Personaliti Unggul Keperibadian Muslim

      Speaker : Prof.Madya Dr.Sharifah Hayaati Syed Ismail
                     Ketua Jabatan Siasah Syar`iyyah
                     Akademi Pengajian Islam
                     Universiti Malaya


2)    Topik  :  Betapa Wanita Itu Cantik

Speaker  : Dr. Noriah Mohamed
                 Mantan Prof. ATMA, Univ. Kebangsaan Malaysia


3)  Topik  Peranan Wanita Dalam Merancang 
Kewangan Keluarga

     Speaker  :  Puan Hjh. Rohani Datuk Hj. Mohd . Shahir
                       Pengerusi Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd.


4)  Topik : Penjagaan Dalaman & Luaran Wanita 
Secara Tradisional

Speaker :   Puan Nuriah Mohd. Isa
                  Pengasas Pusat Kecantikan An-Nuri


5)  Topik : Penjagaan Kesihatan Melalui Perubatan 
Anti Penuaan, Estetik & Regenerasi
      
     Speaker  :  Dr. Wan Julia Sham Ariffin
                       Pakar Anti Penuaan


6)   Slot : Keistimewaan Amalan Pemakanan Sunnah

      Speaker : Puan Raja Mazian Raja Mohamed 
                     Pengarah Urusan HIRAQ Marketing & Bekas Pengacara Al-Hidayah, TV3